Selasa, 18 Julai 2017

Aq rse nk senyap

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Rindu aq tak?? Aq faham korng x kenal lngsung aq.. *emoji kluar air mata*
Weii, aq rse aq dh malasla nk apdet blog nerhh.. Yela.. Aq dalam mood sebokla... Xde mase untuk mencari fakta2 seram dan nk menaipnye lgi... Oh mai gaishhh. So, aku umumkn yg aq akn biarkn blog ni bersawang sehingge reput dek anai-anai selama mne yg aq nk. Mungkin suatu hari nnti aq akn berminat dngn blog ni. In sha Allah

Oh yes. Aq ade blog bru. Mungkin akn lebih aktif tpi bukn skrng ni. Sebab aq tengah sebuk ngn PT3. Nme blog aq Ryn Belog.  Klau sudi silalah bace.. Aq still bru. So, jngn salahkn aq klau ayat x menarik..

Orait! Tu jer nk gi tau.. Sayonara minna!

Dengan ini saya dato' Nurin Insyirah binti Mohamad Shafiee dengan dimulai bismillahirrahmanirrahim ingin mengisytiharkan penutupan sementara mungkin selama-lamanya blog 'fackta seram'.. Sekian, terima kasih..
*bunyi tepuk tangn*

Khamis, 11 Mei 2017

Misteri Pemanggil Radio

Dulu2 pada tahun 90-an ada satu saluran radio ni(aku lupa la ape namenye muzik fm kot) dia buat satu segmen kongsi cerita2 seram. So, DJ radio ni pon bukalah peluang kepada sape2 pendwngar radio yg nk kongsi cerita seram.

Pastu ade satu malam ni, ade si pemanggil call and nk kongsi cerita seram. Si pemanggil pun ceritalah pengalaman dia. Dia ceritalah yang dia sedang memandu di sebuah lebuhraya bersama dua orang tuanya, isteri dan juga anaknya. Ketika itu waktu malam. Semua penghuni kereta tu sudah tidur kecuali dia yang sedang memandu namun dia dalam keadaan yg sngt mengantuk. Dalam keadaan mengantuk tu tiba2 ada lori melintasi keretanya. Tapi yang pelik bin ajaibnya, lori itu berada di lorong yang songsang di lebuh raya. Lori tu muncul beberapa kali dari hadapan dan tiba2 lori tu muncul dari belakang pula. Pemanggil tu berkata yang dia mula panik dengan gangguan lori tersebut. Dia asyik menumpukan perhatian pada lori dibelakang sehingga tiba2 lori itu muncul kembali dihadapan. Dia cuba mengelak namun dia tidak berjaya dan melanggar bahu lebuhraya. Si pemanggil tu menyatakan yg dia jatuh ke dalam gaung. Dia menyatakn yg dia sngt sedih kerana dia melihat kedua orang tuanya meninggal dunia begitu juga anknya dan diikuti isterinya. Akhir sekali dia menyatakan yg dia juga mati di tempat kejadian di ikuti gelak ketawa dan talian terputus!

DJ radio cuba memanggil semula pemanggil itu beberapa kali namun tak berjaya. Beberapa minit kemudian, DJ tersebut cuba menenangkan pendengar radio dan semua kembali seperti biasa.

Semua pendengar radio memikirkn yg ia hanyalah sekadar gurauan dari pihak radio. Namun keesokan harinya terpampang di akhbar tentang kemalangan di kilometer lebuh raya yang sama seperti yg dinyatakan oleh pemanggil misteri. Malah kemalangan tersebut melibatkan pasangan suami isteri, seorng anak dan dua orng tua seperti apa yang dinyatakan oleh si pemanggil. DJ radio tersebut terkejut lantas mendengar kembali rakaman panggilan si pemanggil misteri tersebut namun rakaman tersebut hanya mempunyai bunyi yang kosong.

Ahad, 12 Mac 2017

Aku Kebosanan Tahap Entahla...

Pada awal bulan 7 tahun 2017. Ahmad Zaid telah menghantar beberapa gambar di instagram miliknya. Gambar-gambar itu menunjukkan yang dia mahu membunuh diri setelah berpisah dengan teman wanitanya. Para netizen hanya menganggap yang Zaid hanya bergurau sahaja tetapi pada keesokannya sesuatu yang mengejutkan telah berlaku. Ahmad Zaid telah ditemui mati dipercayai membunuh diri dengan terjun dari tingkap rumahnya yang berada di tingkat 15 sebuah pangsapuri.

*hanya rekaan semata-mata
Kesimpulannya, jangan kerana seorang perempuan/lelaki kau bunuh diri. Ingat mak bapak. Teman wanita/laki tu takde ape yang bernilai pun. Bukannya dia jaga kau dari kecik smpai ke besar pun. Yang nak mati sebab dia knape? Kesian mak bapak. Buang masa jer jaga kau dri kecik. Bila besar mati bunuh diri. Haisshh

AHMAD ZAID BAHARUDDIN  
      MOHON BACA XD

Jumaat, 10 Mac 2017

Villa Nabila

Jalan Bertingkat skudai, Straits View, 80200 Johor Bharu, Johor
Rasanya hampir semua yang tinggal di Johor Bharu tahu tempat yang paling popular di alamat di atas.
      
      VILLA NABILA
Villa Nabila merupakan salah satu tempat yang sangat misteri dengan kisahnya di Malaysia. Ramai yang telah menjumpai entiti-entiti yang tidak diketahui di sana. Namun, villa ini mempunyai pelbagai versi cerita antaranya :-

  #1 Pada awalnya, Nabila hidup aman bersama ibu bapanya yang kaya raya di villa itu. Namun suatu hari ibu bapanya telah meninggal dunia kerana kemalangan. Dan of course lah Nabila yang akan mewarisi harta kekayaan ibu bapanya. Namun pembantu rumahnya telah membunuh Nabila mungkin keranan ingin merampas harta yang diwarisi Nabila. Mayat Nabila telah ditanam dengan simen di salah satu ruang di villa tersebut

   #2 Diceritakanlah keluarga Nabila hidup aman harmoni dan kaya raya. Namun pada suatu hari bapa Nabila telah bertindak pelik dan agresif lalu menembak seluruh ahli keluarganya termasuk lah Nabila. Kemudia dia menembak dirinya sendiri. Sejak itu, rumah itu dibiarkan kosong hingga ke hari ini

   #3 Cerita yg ketiga ni best sikit. Yang sebenarnya nama villa ni bukan villa nabila tetapi Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari barat. Dikatakan sebelum villa ini dibina si suami telah berjanji untuk membahagikan tanah itu kepada 6 orang adik beradiknya. Namun, dia memungkiri janji tersebut dan membuatkan adik beradiknya berang. Lalu adik beradiknya itu telah menghantar dua orang wakil untuk berurusan dengan si suami untuk membahagikan tanah itu. Entah apa yang terjadi dua orang wakil itu mula memaksa si suami untuk menyerahkan tanah itu setelah membunuh anaknya. Tetapi si suami masih enggan menyerahkan tanahnya. Kemudia dua orng samseng itu membunuh isterinya pula namun si suami masih enggan dab akhirnya si suami juga dibunuh. Akhirnya villa itu ditinggalkan berpuluh tahun lamanya.
Cerita ni agak logik kerana jika anda bejalan berdekatan dengan villa nabila ini, anda akan terjumpa satu pintu gerbang yang ditulis Christine Palace di kaki bukit.

Sebenarnya ada banyak lagi versi mengenai Villa Nabila ini. Dan sehingga ini tiada siapa yang tahu cerita sebenar mengenai Villa Nabila ini. Villa ini kekal misteri sehingga ke hari ini.

Okay, thats all for today. Kita akn ke entry seterusnye klau aq rajin...
Maklumla... PT3 taun ni...