Khamis, 11 Mei 2017

Misteri Pemanggil Radio

Dulu2 pada tahun 90-an ada satu saluran radio ni(aku lupa la ape namenye muzik fm kot) dia buat satu segmen kongsi cerita2 seram. So, DJ radio ni pon bukalah peluang kepada sape2 pendwngar radio yg nk kongsi cerita seram.

Pastu ade satu malam ni, ade si pemanggil call and nk kongsi cerita seram. Si pemanggil pun ceritalah pengalaman dia. Dia ceritalah yang dia sedang memandu di sebuah lebuhraya bersama dua orang tuanya, isteri dan juga anaknya. Ketika itu waktu malam. Semua penghuni kereta tu sudah tidur kecuali dia yang sedang memandu namun dia dalam keadaan yg sngt mengantuk. Dalam keadaan mengantuk tu tiba2 ada lori melintasi keretanya. Tapi yang pelik bin ajaibnya, lori itu berada di lorong yang songsang di lebuh raya. Lori tu muncul beberapa kali dari hadapan dan tiba2 lori tu muncul dari belakang pula. Pemanggil tu berkata yang dia mula panik dengan gangguan lori tersebut. Dia asyik menumpukan perhatian pada lori dibelakang sehingga tiba2 lori itu muncul kembali dihadapan. Dia cuba mengelak namun dia tidak berjaya dan melanggar bahu lebuhraya. Si pemanggil tu menyatakan yg dia jatuh ke dalam gaung. Dia menyatakn yg dia sngt sedih kerana dia melihat kedua orang tuanya meninggal dunia begitu juga anknya dan diikuti isterinya. Akhir sekali dia menyatakan yg dia juga mati di tempat kejadian di ikuti gelak ketawa dan talian terputus!

DJ radio cuba memanggil semula pemanggil itu beberapa kali namun tak berjaya. Beberapa minit kemudian, DJ tersebut cuba menenangkan pendengar radio dan semua kembali seperti biasa.

Semua pendengar radio memikirkn yg ia hanyalah sekadar gurauan dari pihak radio. Namun keesokan harinya terpampang di akhbar tentang kemalangan di kilometer lebuh raya yang sama seperti yg dinyatakan oleh pemanggil misteri. Malah kemalangan tersebut melibatkan pasangan suami isteri, seorng anak dan dua orng tua seperti apa yang dinyatakan oleh si pemanggil. DJ radio tersebut terkejut lantas mendengar kembali rakaman panggilan si pemanggil misteri tersebut namun rakaman tersebut hanya mempunyai bunyi yang kosong.