Ahad, 26 Februari 2017

Crop Circle

Fenomena crop circle adalah salah salah satu fenomena yang misteri di dunia dan masih belum dirungkaikan

Crop circle pertama kalinya muncul di Inggeris pada tahun 1647 dan sehingga kini masih belum ada jawapan bagaimana crop circle ini terbentuk.

Crop circle adalah suatu bentuk lingkaran atau geometri yang berukuran sangat besar yang terbentuk di ladang pertanian khususnya ladang gandum.

Fenomena ini biasanya ditemui di Inggeris, kanada, Amerika, Australia dan Jepun. Ia biasanya muncul ketika musim panas iaitu saat ladang pertanian ditumbuhi dengan tanaman.

Fenomena ini juga berlaku dengan cepat. Ianya berlaku hanya dalam satu malam sahaja. Sebagai contoh, jika pada hari ini anda melihat ladang gandum anda masih elok, pada keesokan harinya anda melihat ladang anda telah mempunyai lingkaran crop circle.

Ramai yang mendakwa fenomena ini adalah disebabkan pendaratan kapal makhluk asing. Namun, tiada bukti yang menunjukkan lingkaran itu berpunca dari makhluk asing.
Wa allahu aklam :-)

Sabtu, 25 Februari 2017

9 hukuman mati paling popular di dunia

1. Di tanam hidup-hidup
   mangsa yang dijatuhi hukuman ini akan ditanam di dalam tanah dalam keadaan masih hidup. Mangsa akan mati kerana kesesakan nafas

2. Sarang ular
    mangsa akan dihumban ke dalam perigi yang menjadi tempat tinggal ratusan ekor ular berbisa. Mangsa akan mati disebabkan kegagalan jantung berfungsi akibat bisa ular-ular tersebut

3. The Spanish Tickler
    Sejenis penyeksaan yang sngt popular di eropah pada zaman pertengahan. Mangsa akan diseksa dngn menggunakan sejenis peralatan tajam seperti pencakar yang menyiat kulit pd tubuh mangsa sehingga terkoyak. Mangsa akan mati akibat kehilangan banyak darah.

4. Menghiris Lembayu
    mangsa akan dihiris dengan objek yang tajam seperi pisau/pedang sehingga mati akibat kehilangan banyak darah

5. Unggun api
    hukuman ini biasanya dijatukan kepada pengkhianat negara atau ahli sihir. Popular di eropah pada abad ke-18

6. Necklacing
    sejenis hukuman mati yang popular di Afrika Selatan. Mangsa akan disarungkan dengan getah atau tayar kenderaan pada leher mangsa kemudian disimbah petrol sebelum api dinyalakan

7. Dipijak gajah
    hukuman mati yang popular di kawasan Selatan Asia dan tenggara seperti India dan IndoChina. Mangsa akan diletakkan di kawasan yang lapang dan kemudiannya akan dipijak oleh sekumpulan gajah yang terlatih untuk membunuh mangsa.

8. The five pains
    hukuman mati yang mengerikan ini popular di China pada sekitar abad ke-19 & awal abad ke-20. Mangsa akan dikurung atau diikat sebelum anggota-anggota penting dipotong perlahan-lahan

9. Colombian necktie
    walaupun bunyinya tak mengerikan seperti hukuman mati yang lain, tetapi cara hukumannya dengan mengelar leher dan ditarik lidah pesalah keluar dari kelaran tersebut seperti tali leher

Ahad, 12 Februari 2017

Blind Maiden

hei korang !!!. Dah lama aku tak pos kat blog ni kan. dah berusang pon blog ni. So, harini aku nak cerita pasal satu urban legend dari Sepanyol.

Blind Maiden Ghost Website - From behind

'www.blindmaiden.com' atau dirujuk sebagai blind maiden adalah salah satu laman web yang kononnya sangat berhantu. malah, hanya dapat dilayari jika pengunjung menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

menurut dakwaan sesetengah pihak, apabila pengunjung dapat mengakses laman web ini, perkara pertama yang mereka akan lihat di skrin adalah himpunan imej-imej yang akan mengganggu fikiran pengunjung. imej- imej yang kononnya sangat teruk dan sukar ditafsirkan oleh pengunjung.

setelah beberapa minit kemudian, akan muncul soalan di skrin komputer pengunjung berbunyi ;
" Adakah anda berminat untuk merasai pengalaman seram yang sebenar?"  dan dibawahnya terdapat dua pilihan yang perlu pengunjung pilih iaitu; "terima" atau "tolak".

Jika pengunjung memilih "tolak" maka, pengunjung akan selamat. tetapi, jika pengunjung memilih "terima" maka nyawa mereka akan dipertaruhkan. perkara yang akan berlaku tidak dapat dielakkan. dikatakan pengunjung akan melihat satu lembaga di skrin berjalan mendekati rumah mereka sendiri. 

kemudian, pengunjung akan melihat lembaga tadi masuk kerumah mereka, berjalan masuk ke bilik mereka sehinggakan mereka akan melihat belakang mereka terpamer di skrin!

pada ketika itu, pengunjung akan merasakan kehadiran lembaga itu dan bahu mereka ditepuk dari belakang!

perkara terakhir yang dapat dilihat oleh pengunjung ialah wajah blind maiden yang sedang merenung mereka dengan mata yang dasyat!

Blind Maiden dikatakan akan merobek mata pengunjung dan rakaman wajah mereka ketika itu akan diabdikan sebagai sebahagian daripada gambar menakutkan di laman web tersebut.

Syarat-Syarat yang perlu Ditepati jika mahu mengakses ke laman web ini;
  • Pengunjung perlu bersendirian, lebih tepat lagi tiada orang lain yang berada di rumah
  • Waktu untuk pengunjung melayari laman web tersebut perlulah tepat pukul 12.00  tengah malam
  • Pada malam yang tidak ada bulan
  • semua lampu hendak lah dipadamkan terlebih dahulu
  • Tidak ada barang yang berunsur keagamaan berhampiran dengan komputer.

hurmmm, persoalannya, adakah laman web ini benar-benar wujud atau hanyalah sekadar cerita rekaan yang dibawa oleh mulut ke mulut?

#BilaHantuDahMakinMaju