Fenomena crop circle adalah salah salah satu fenomena yang misteri di dunia dan masih belum dirungkaikan
Crop circle pertama kalinya muncul di Inggeris pada tahun 1647 dan sehingga kini masih belum ada jawapan bagaimana crop circle ini terbentuk.
Crop circle adalah suatu bentuk lingkaran atau geometri yang berukuran sangat besar yang terbentuk di ladang pertanian khususnya ladang gandum.
Fenomena ini biasanya ditemui di Inggeris, kanada, Amerika, Australia dan Jepun. Ia biasanya muncul ketika musim panas iaitu saat ladang pertanian ditumbuhi dengan tanaman.
Fenomena ini juga berlaku dengan cepat. Ianya berlaku hanya dalam satu malam sahaja. Sebagai contoh, jika pada hari ini anda melihat ladang gandum anda masih elok, pada keesokan harinya anda melihat ladang anda telah mempunyai lingkaran crop circle.
Ramai yang mendakwa fenomena ini adalah disebabkan pendaratan kapal makhluk asing. Namun, tiada bukti yang menunjukkan lingkaran itu berpunca dari makhluk asing.
Wa allahu aklam :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan