Ada yang menyatakan batu ini dibina oleh kaum elit pelopor globalisasi (New World Order).. satu konspirasi... wa allahu aklam
Monumen 'Georgia Guidestones' yang terletak di Elberton, Georgia, Amerika Syarikat masih diselubungi misteri sehingga ke hari ini. Dikatakan monumen ini didirikan pada tahun 1979. Namun, sehingga ke hari ini tiada sesiapa pun yang tahu siapakah yang mendirikan monumen ini dan mengapa ia dibina.
Di dinding monumen ini terdapat 10 mesej yang diukir dalam 8 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Swahili, Arab, Hindi, China, Hebrew, Sepanyol dan Rusia.
Berikut ialah mesej yang diukir di batu Guidestones :-
- Mempertahankan jumlah penduduk dunia di bawah 500.000.000 supaya memiliki keseimbangan abadi dengan alam
- Panduan bijaksana dan meningkatkan kesihatan
- Menyatukan umat manusia dengan satu bahasa baru
- Mengaturkan tiga undang-undang iaitu ghairah, iman, tradisi dan segala sesuatu yang berhubungan dengan sifat marah
- Melindungi manusia dan bangsa-bangsa dengan adil dan sistem pengadilan
- Biarkan semua bangsa mengatur untuk memecahkan masalah perselisihan external secara internal di pengadilan dunia atau biarkan bangsa-bangsa mengatur dirinya sendiri
- Hindari pejabat yang tak berguna dan peraturan yang menyusahkan
- Seimbangkan hak peribadi dan tugas sosial
- Hormati kebenaran, keindahan dan cintai keharmonian
- Janganlah manusia menjadi seperti penyakit kanser bagi bumi dan kerosakan alam
Selain 10 mesej di atas, ada satu lagi mesej di batu yang terletak diatas kelima-lima batu yang lain. Mesej ini ditulis dalam 4 bahasa iaitu Babylonian, Sansekerta, Yunani kuno dan Hieroglyph mesir. Maksud dari tulisan tersebut ialah "Let This Be Guidestones To An Age Of Reason"
kau cerita apa aku tak faham
BalasPadamtak faham sudah
PadamAku faham yang ayat jumlah penduduk dunia tinggal 500,000,000 inilah agenda nwo
BalasPadam