Jalan Bertingkat skudai, Straits View, 80200 Johor Bharu, Johor
Rasanya hampir semua yang tinggal di Johor Bharu tahu tempat yang paling popular di alamat di atas.
VILLA NABILA
Villa Nabila merupakan salah satu tempat yang sangat misteri dengan kisahnya di Malaysia. Ramai yang telah menjumpai entiti-entiti yang tidak diketahui di sana. Namun, villa ini mempunyai pelbagai versi cerita antaranya :-
#1 Pada awalnya, Nabila hidup aman bersama ibu bapanya yang kaya raya di villa itu. Namun suatu hari ibu bapanya telah meninggal dunia kerana kemalangan. Dan of course lah Nabila yang akan mewarisi harta kekayaan ibu bapanya. Namun pembantu rumahnya telah membunuh Nabila mungkin keranan ingin merampas harta yang diwarisi Nabila. Mayat Nabila telah ditanam dengan simen di salah satu ruang di villa tersebut
#2 Diceritakanlah keluarga Nabila hidup aman harmoni dan kaya raya. Namun pada suatu hari bapa Nabila telah bertindak pelik dan agresif lalu menembak seluruh ahli keluarganya termasuk lah Nabila. Kemudia dia menembak dirinya sendiri. Sejak itu, rumah itu dibiarkan kosong hingga ke hari ini
#3 Cerita yg ketiga ni best sikit. Yang sebenarnya nama villa ni bukan villa nabila tetapi Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari barat. Dikatakan sebelum villa ini dibina si suami telah berjanji untuk membahagikan tanah itu kepada 6 orang adik beradiknya. Namun, dia memungkiri janji tersebut dan membuatkan adik beradiknya berang. Lalu adik beradiknya itu telah menghantar dua orang wakil untuk berurusan dengan si suami untuk membahagikan tanah itu. Entah apa yang terjadi dua orang wakil itu mula memaksa si suami untuk menyerahkan tanah itu setelah membunuh anaknya. Tetapi si suami masih enggan menyerahkan tanahnya. Kemudia dua orng samseng itu membunuh isterinya pula namun si suami masih enggan dab akhirnya si suami juga dibunuh. Akhirnya villa itu ditinggalkan berpuluh tahun lamanya.
Cerita ni agak logik kerana jika anda bejalan berdekatan dengan villa nabila ini, anda akan terjumpa satu pintu gerbang yang ditulis Christine Palace di kaki bukit.
Sebenarnya ada banyak lagi versi mengenai Villa Nabila ini. Dan sehingga ini tiada siapa yang tahu cerita sebenar mengenai Villa Nabila ini. Villa ini kekal misteri sehingga ke hari ini.
Okay, thats all for today. Kita akn ke entry seterusnye klau aq rajin...
Maklumla... PT3 taun ni...