Khamis, 17 November 2016

The Deep Web

Bagi mereka yang tak tahu The Deep Web bukan seperti The World Wide Web.
The World Wide Wide Web (WWW)  terdiri daripada berjuta laman web yang kita boleh cari di Google, Yahoo, Ask dan enjin carian yang lain.

Carian internet hari ini sama sahaja seperti ikan di lautan. Kita boleh menangkap ikan-ikan tetapi tidak untuk ikan yang berada di dasar laut.
Internet juga begitu, kebanyakan kandungan internet dihasilkan secara dinamik dan disimpan jauh di dasar, kita tak dapat mencarinya dengan enjin carian yang biasa.

Fakta Mengenai The Deep Web

  1. Maklumat yang ada di The Deep Web ini dah hampir 500 kali ganda lagi banyak dari maklumat The World Wide Web
  2. The Deep Web mengandungi 7500 Terabyte data berbanding 19 Terabyte data di The World Wide Web
  3. The Deep Web menyimpan lebih 550 billion dokumen secara individu berbanding 1 billion di The World Wide Web
  4. lebih dari 200 ribu laman di Deep Web
  5. lebih banyak maklumat baru yang akan muncul setiap hari
  6. disebabkan terlalu banyak maklumat yang ada, The Deep Web sudah menjadi sangat sempit dan sukar ditembusi
  7. kualiti maklumat di Deep Web adalah 100 hingga 200 kali lebih hebat berbanding World Wide Web
  8. kandungan di Deep Web adalah lebih kepada carian,pasaran dan domain
  9. lebih 95% maklumat di Deep Web adalah percuma dan boleh dikongsi secara bebas

Apa yang ada di dalam The Deep Web ini adalah apa yang tak dibenarkan The World Wide. Boleh dikatakan hampir ada  kesemua yang dicari oleh penggodam, saintis, pengedar dadah, pembunuh, ahli fizik, ahli revolusi, kerajaan, polis, pengganas, penyumbaleweng, pengumpul data, penculik, ahli sosiologi dan ramai lagi, merangkumi segenap aspek moral baik dan jahat.

The Deep Web diibaratkan sebagai satu dunia yang mana anda bebas berkongsi apa sahaja, jika anda seorang pembunuh, anda boleh mengiklankan servis anda di The Deep Web, jika anda seorang pengedar dadah, anda boleh menjual apa sahaja jenis dadah di sana, begitu juga jika anda mempunyai beberapa maklumat sulit mengenai mana-mana kerajaan, anda bebas meletakkannya di sana. Ianya dicipta untuk memberi kebebasan dan hanya yang tahu sahaja yang mampu mengaksesnya.

Kesemua yang anda dapat baca di Wikileaks sebenarnya telah disimpan beberapa tahun lebih lama di The Deep Web sebelum disiarkan di Wikileaks. Mungkin anda pernah menonton aksi penggodam di dalam filem yang telah menggodam melalui server pelik yang anda rasakan tidak wujud, sebenarnya server pelik itu ialah The Deep Web. Secara amnya, pengganas, pembunuh, pengedar dadah dan pelayar porno, telah lama menggunakan The Deep Web untuk tujuan mereka.

Kandungan di The Deep Web, bukan dicipta untuk orang biasa, saya hanya boleh memberi hint tetapi tidak akan menunjukkan cara sebenar bagaimana untuk masuk ke sana. Hanya mereka yang tahu cara dan protokol sahaja boleh mengaksesnya. Walaupun kandungan di The Deep Web kelihatan menakutkan, terdapat lebih banyak lagi maklumat-maklumat berguna yang boleh digunakan untuk tujuan kebaikan. Sejurus selepas anda berjaya masuk ke The Deep Web, semua yang akan terjadi adalah di bawah tanggungajawab anda sendiri.

Sebelum anda cuba memasuki The Deep Web, baca dan fahami dulu bagaimana ianya berfungsi, Anda boleh baca mengenainya di sini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Deep_web

Di sini ada maklumat apa itu rangkaian .onion dan bagaimana ianya berfungsi:
http://en.wikipedia.org/wiki/.onion

Di sini anda boleh baca mengenai TOR (The Onion Router)

http://en.wikipedia.org/wiki/Tor_(anonymity_network)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan