Isnin, 5 Disember 2016

Kisah Sebenar Masha And The Bear

Hasil carian imej untuk cerita sebenar masha and the bear

Masha and the bear menceritakan kisah seorang budak perempuan bernama Masha dan rakannya seekor beruang dengan kisah lucunya.
Tetapi adakah korang semua tahu yang kisah Masha and the bear ni diambil oleh cerita sebenar?

Masha merupakan seorang budak perempuan biasa yang suka sangat dengan binatang termasuk beruang. Suatu hari, di kampung Masha akan berlangsung pertunjukan sirkus. Korang tau la kan sirkus tu apa? Masha pun apa lagi, mintalah ibu bapa dia bawa tengok pertunjukan itu.
Jadi, mereka pun tengoklah pertunjukan itu. Semasa mereka sedang lihat pelbagai pertunjukan, ibu bapa Masha tidak sedar yang Masha sudah pun berkeliaran. Masha berkeliaran sehingga ke kandang beruang yang kelaparan. Masha ingat beruang tu jinak, jadi dia pun cuba bermain dengan beruang itu. tetapi, beruang itu sebenarnya beruang liar. Beruang tu pun membaham Masha sehingga Masha mati.

Ibu bapa Masha tidak dapat menerima kenyataan itu dan menjadi kurang siuman akibat kematian satu-satunya anak mereka. kemudian, cerita Masha and the bear pun dianimasikan untuk mengingati Masha yang dibaham beruang. watak beruang dalam cerita ini dibangunkan kerana Masha amat sukakan beruang dan beruang  itulah yang membunuhnya. tiada watak ibu bapa Masha di dalam cerita ini kerana menghormati ibu bapa Masha yang terlalu sedih kehilangan Masha. Malah, sebenarnya yang membuat cerita Masha and The Bear ini adalah saudara Masha sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan