Isnin, 5 Disember 2016

Hasil carian imej untuk kevin carterHasil carian imej untuk kevin carter cerita

gambar di atas adalah gambar yang diambil oleh seorang photographer bernama Kevin Carter ketika menyertai rombongan kemanusiaan di Sudan yang mengalami kebuluran yang teruk. Gambar ini telah memenangi beberapa anugerah pada tahun1994. Menurut Carter, ketika melewati kawasan itu, dia ternampak seorang anak kecil sedang terlungkup jatuh dan tak mampu lagi mengikuti kroninya. Sesekali dia mendengar rengekan anak kecil itu akibat keletihan dan lapar. Di belakang anak kecil itu terdapat burung hering yang berdiri memerhati seolah-olah menunggu masa untuk menyambar anak kecil itu. Setelah merakam gambar, Carter cuba untuk menghalau burung itu pergi namun, burung itu masih tidak berganjak. Carter terpaksa meninggalkan anak kecil itu kerana kesuntukan masa. Apabila  gambar itu dikeluarkan ke media, ramai yang menghubunginya dan bertanya apakah nasib anak kecil itu? Adakah dia dimakan atau diselamatkan oleh Carter. mereka menyalahkan Carter kerana tidak berperikemanusiaan dan mementingkan karier. kerana tuduhan itu, Carter rasa bersalah dan selalu bermimpi mengenai kanak-kanak itu. Setelah 2 tahun, Kevin Carter mengambil keputusan untuk membunuh diri akibat tekanan perasaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan