gambar di atas adalah gambar yang diambil oleh seorang photographer bernama Kevin Carter ketika menyertai rombongan kemanusiaan di Sudan yang mengalami kebuluran yang teruk. Gambar ini telah memenangi beberapa anugerah pada tahun1994. Menurut Carter, ketika melewati kawasan itu, dia ternampak seorang anak kecil sedang terlungkup jatuh dan tak mampu lagi mengikuti kroninya. Sesekali dia mendengar rengekan anak kecil itu akibat keletihan dan lapar. Di belakang anak kecil itu terdapat burung hering yang berdiri memerhati seolah-olah menunggu masa untuk menyambar anak kecil itu. Setelah merakam gambar, Carter cuba untuk menghalau burung itu pergi namun, burung itu masih tidak berganjak. Carter terpaksa meninggalkan anak kecil itu kerana kesuntukan masa. Apabila gambar itu dikeluarkan ke media, ramai yang menghubunginya dan bertanya apakah nasib anak kecil itu? Adakah dia dimakan atau diselamatkan oleh Carter. mereka menyalahkan Carter kerana tidak berperikemanusiaan dan mementingkan karier. kerana tuduhan itu, Carter rasa bersalah dan selalu bermimpi mengenai kanak-kanak itu. Setelah 2 tahun, Kevin Carter mengambil keputusan untuk membunuh diri akibat tekanan perasaan.
Isnin, 5 Disember 2016
Kisah Sebenar Masha And The Bear
Masha and the bear menceritakan kisah seorang budak perempuan bernama Masha dan rakannya seekor beruang dengan kisah lucunya.
Tetapi adakah korang semua tahu yang kisah Masha and the bear ni diambil oleh cerita sebenar?
Masha merupakan seorang budak perempuan biasa yang suka sangat dengan binatang termasuk beruang. Suatu hari, di kampung Masha akan berlangsung pertunjukan sirkus. Korang tau la kan sirkus tu apa? Masha pun apa lagi, mintalah ibu bapa dia bawa tengok pertunjukan itu.
Jadi, mereka pun tengoklah pertunjukan itu. Semasa mereka sedang lihat pelbagai pertunjukan, ibu bapa Masha tidak sedar yang Masha sudah pun berkeliaran. Masha berkeliaran sehingga ke kandang beruang yang kelaparan. Masha ingat beruang tu jinak, jadi dia pun cuba bermain dengan beruang itu. tetapi, beruang itu sebenarnya beruang liar. Beruang tu pun membaham Masha sehingga Masha mati.
Ibu bapa Masha tidak dapat menerima kenyataan itu dan menjadi kurang siuman akibat kematian satu-satunya anak mereka. kemudian, cerita Masha and the bear pun dianimasikan untuk mengingati Masha yang dibaham beruang. watak beruang dalam cerita ini dibangunkan kerana Masha amat sukakan beruang dan beruang itulah yang membunuhnya. tiada watak ibu bapa Masha di dalam cerita ini kerana menghormati ibu bapa Masha yang terlalu sedih kehilangan Masha. Malah, sebenarnya yang membuat cerita Masha and The Bear ini adalah saudara Masha sendiri.
Langgan:
Catatan (Atom)