hei korang !!!. Dah lama aku tak pos kat blog ni kan. dah berusang pon blog ni. So, harini aku nak cerita pasal satu urban legend dari Sepanyol.
'www.blindmaiden.com' atau dirujuk sebagai blind maiden adalah salah satu laman web yang kononnya sangat berhantu. malah, hanya dapat dilayari jika pengunjung menepati syarat-syarat yang ditetapkan.
menurut dakwaan sesetengah pihak, apabila pengunjung dapat mengakses laman web ini, perkara pertama yang mereka akan lihat di skrin adalah himpunan imej-imej yang akan mengganggu fikiran pengunjung. imej- imej yang kononnya sangat teruk dan sukar ditafsirkan oleh pengunjung.
setelah beberapa minit kemudian, akan muncul soalan di skrin komputer pengunjung berbunyi ;
" Adakah anda berminat untuk merasai pengalaman seram yang sebenar?" dan dibawahnya terdapat dua pilihan yang perlu pengunjung pilih iaitu; "terima" atau "tolak".
Jika pengunjung memilih "tolak" maka, pengunjung akan selamat. tetapi, jika pengunjung memilih "terima" maka nyawa mereka akan dipertaruhkan. perkara yang akan berlaku tidak dapat dielakkan. dikatakan pengunjung akan melihat satu lembaga di skrin berjalan mendekati rumah mereka sendiri.
kemudian, pengunjung akan melihat lembaga tadi masuk kerumah mereka, berjalan masuk ke bilik mereka sehinggakan mereka akan melihat belakang mereka terpamer di skrin!
pada ketika itu, pengunjung akan merasakan kehadiran lembaga itu dan bahu mereka ditepuk dari belakang!
perkara terakhir yang dapat dilihat oleh pengunjung ialah wajah blind maiden yang sedang merenung mereka dengan mata yang dasyat!
Blind Maiden dikatakan akan merobek mata pengunjung dan rakaman wajah mereka ketika itu akan diabdikan sebagai sebahagian daripada gambar menakutkan di laman web tersebut.
Syarat-Syarat yang perlu Ditepati jika mahu mengakses ke laman web ini;
- Pengunjung perlu bersendirian, lebih tepat lagi tiada orang lain yang berada di rumah
- Waktu untuk pengunjung melayari laman web tersebut perlulah tepat pukul 12.00 tengah malam
- Pada malam yang tidak ada bulan
- semua lampu hendak lah dipadamkan terlebih dahulu
- Tidak ada barang yang berunsur keagamaan berhampiran dengan komputer.
hurmmm, persoalannya, adakah laman web ini benar-benar wujud atau hanyalah sekadar cerita rekaan yang dibawa oleh mulut ke mulut?
#BilaHantuDahMakinMaju