gambar di atas adalah gambar yang diambil oleh seorang photographer bernama Kevin Carter ketika menyertai rombongan kemanusiaan di Sudan yang mengalami kebuluran yang teruk. Gambar ini telah memenangi beberapa anugerah pada tahun1994. Menurut Carter, ketika melewati kawasan itu, dia ternampak seorang anak kecil sedang terlungkup jatuh dan tak mampu lagi mengikuti kroninya. Sesekali dia mendengar rengekan anak kecil itu akibat keletihan dan lapar. Di belakang anak kecil itu terdapat burung hering yang berdiri memerhati seolah-olah menunggu masa untuk menyambar anak kecil itu. Setelah merakam gambar, Carter cuba untuk menghalau burung itu pergi namun, burung itu masih tidak berganjak. Carter terpaksa meninggalkan anak kecil itu kerana kesuntukan masa. Apabila gambar itu dikeluarkan ke media, ramai yang menghubunginya dan bertanya apakah nasib anak kecil itu? Adakah dia dimakan atau diselamatkan oleh Carter. mereka menyalahkan Carter kerana tidak berperikemanusiaan dan mementingkan karier. kerana tuduhan itu, Carter rasa bersalah dan selalu bermimpi mengenai kanak-kanak itu. Setelah 2 tahun, Kevin Carter mengambil keputusan untuk membunuh diri akibat tekanan perasaan.
Isnin, 5 Disember 2016
Kisah Sebenar Masha And The Bear
Masha and the bear menceritakan kisah seorang budak perempuan bernama Masha dan rakannya seekor beruang dengan kisah lucunya.
Tetapi adakah korang semua tahu yang kisah Masha and the bear ni diambil oleh cerita sebenar?
Masha merupakan seorang budak perempuan biasa yang suka sangat dengan binatang termasuk beruang. Suatu hari, di kampung Masha akan berlangsung pertunjukan sirkus. Korang tau la kan sirkus tu apa? Masha pun apa lagi, mintalah ibu bapa dia bawa tengok pertunjukan itu.
Jadi, mereka pun tengoklah pertunjukan itu. Semasa mereka sedang lihat pelbagai pertunjukan, ibu bapa Masha tidak sedar yang Masha sudah pun berkeliaran. Masha berkeliaran sehingga ke kandang beruang yang kelaparan. Masha ingat beruang tu jinak, jadi dia pun cuba bermain dengan beruang itu. tetapi, beruang itu sebenarnya beruang liar. Beruang tu pun membaham Masha sehingga Masha mati.
Ibu bapa Masha tidak dapat menerima kenyataan itu dan menjadi kurang siuman akibat kematian satu-satunya anak mereka. kemudian, cerita Masha and the bear pun dianimasikan untuk mengingati Masha yang dibaham beruang. watak beruang dalam cerita ini dibangunkan kerana Masha amat sukakan beruang dan beruang itulah yang membunuhnya. tiada watak ibu bapa Masha di dalam cerita ini kerana menghormati ibu bapa Masha yang terlalu sedih kehilangan Masha. Malah, sebenarnya yang membuat cerita Masha and The Bear ini adalah saudara Masha sendiri.
Khamis, 17 November 2016
The Deep Web
Bagi mereka yang tak tahu The Deep Web bukan seperti The World Wide Web.
The World Wide Wide Web (WWW) terdiri daripada berjuta laman web yang kita boleh cari di Google, Yahoo, Ask dan enjin carian yang lain.
Carian internet hari ini sama sahaja seperti ikan di lautan. Kita boleh menangkap ikan-ikan tetapi tidak untuk ikan yang berada di dasar laut.
Internet juga begitu, kebanyakan kandungan internet dihasilkan secara dinamik dan disimpan jauh di dasar, kita tak dapat mencarinya dengan enjin carian yang biasa.
Fakta Mengenai The Deep Web
- Maklumat yang ada di The Deep Web ini dah hampir 500 kali ganda lagi banyak dari maklumat The World Wide Web
- The Deep Web mengandungi 7500 Terabyte data berbanding 19 Terabyte data di The World Wide Web
- The Deep Web menyimpan lebih 550 billion dokumen secara individu berbanding 1 billion di The World Wide Web
- lebih dari 200 ribu laman di Deep Web
- lebih banyak maklumat baru yang akan muncul setiap hari
- disebabkan terlalu banyak maklumat yang ada, The Deep Web sudah menjadi sangat sempit dan sukar ditembusi
- kualiti maklumat di Deep Web adalah 100 hingga 200 kali lebih hebat berbanding World Wide Web
- kandungan di Deep Web adalah lebih kepada carian,pasaran dan domain
- lebih 95% maklumat di Deep Web adalah percuma dan boleh dikongsi secara bebas
Apa yang ada di dalam The Deep Web ini adalah apa yang tak dibenarkan The World Wide. Boleh dikatakan hampir ada kesemua yang dicari oleh penggodam, saintis, pengedar dadah, pembunuh, ahli fizik, ahli revolusi, kerajaan, polis, pengganas, penyumbaleweng, pengumpul data, penculik, ahli sosiologi dan ramai lagi, merangkumi segenap aspek moral baik dan jahat.
The Deep Web diibaratkan sebagai satu dunia yang mana anda bebas berkongsi apa sahaja, jika anda seorang pembunuh, anda boleh mengiklankan servis anda di The Deep Web, jika anda seorang pengedar dadah, anda boleh menjual apa sahaja jenis dadah di sana, begitu juga jika anda mempunyai beberapa maklumat sulit mengenai mana-mana kerajaan, anda bebas meletakkannya di sana. Ianya dicipta untuk memberi kebebasan dan hanya yang tahu sahaja yang mampu mengaksesnya.
Kesemua yang anda dapat baca di Wikileaks sebenarnya telah disimpan beberapa tahun lebih lama di The Deep Web sebelum disiarkan di Wikileaks. Mungkin anda pernah menonton aksi penggodam di dalam filem yang telah menggodam melalui server pelik yang anda rasakan tidak wujud, sebenarnya server pelik itu ialah The Deep Web. Secara amnya, pengganas, pembunuh, pengedar dadah dan pelayar porno, telah lama menggunakan The Deep Web untuk tujuan mereka.
Kandungan di The Deep Web, bukan dicipta untuk orang biasa, saya hanya boleh memberi hint tetapi tidak akan menunjukkan cara sebenar bagaimana untuk masuk ke sana. Hanya mereka yang tahu cara dan protokol sahaja boleh mengaksesnya. Walaupun kandungan di The Deep Web kelihatan menakutkan, terdapat lebih banyak lagi maklumat-maklumat berguna yang boleh digunakan untuk tujuan kebaikan. Sejurus selepas anda berjaya masuk ke The Deep Web, semua yang akan terjadi adalah di bawah tanggungajawab anda sendiri.
Sebelum anda cuba memasuki The Deep Web, baca dan fahami dulu bagaimana ianya berfungsi, Anda boleh baca mengenainya di sini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Deep_web
Di sini ada maklumat apa itu rangkaian .onion dan bagaimana ianya berfungsi:
http://en.wikipedia.org/wiki/.onion
Di sini anda boleh baca mengenai TOR (The Onion Router)
http://en.wikipedia.org/wiki/Tor_(anonymity_network)
Sebelum anda cuba memasuki The Deep Web, baca dan fahami dulu bagaimana ianya berfungsi, Anda boleh baca mengenainya di sini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Deep_web
Di sini ada maklumat apa itu rangkaian .onion dan bagaimana ianya berfungsi:
http://en.wikipedia.org/wiki/.onion
Di sini anda boleh baca mengenai TOR (The Onion Router)
http://en.wikipedia.org/wiki/Tor_(anonymity_network)
Rabu, 16 November 2016
Pembunuhan Junko Furota
korang pernah dengar tak pasal kes pembunuhan pelajar berusia 17 tahun, Junko Furota. giler aarh seksaan dia. 44 hari berhadapan dngn seksaan yang mengerikan.

Junko Furota seorang pelajar perempuan Jepun berusia 17 tahun.
Dia telah diculik oleh 4 orang lelaki dan diseksa selama 44 hari bermula dari 22 November 1888 hingga 4 Januari 1889 sebelum menghembuskan nafas terakhir.
pada 22 November 1888, dia telah diculik oleh 4 orang lelaki. Mereka membawanya dan mengurungnya di rumah keluarga Kamisaku, iaitu rumah salah seorang penculik, di daerah Ayase, Adachi, Tokyo. mereka memperkenalkan Junko sebagai teman wanita salah seorang pembunuh.
Untuk menutup jenayah mereka, mereka telah menyuruh Junko untuk menghubungi ibubapanya dan memberitahu yang dia lari dari rumah bersama teman dan dia selamat.
Banyak seksaan yang mengerikan dikenakan pada Junko antaranya, diroogol 400 kali, makan lipas untuk makanan dan minum air kencing sendiri akibat kebuluran, badan dicucuh dengan pemetik api, cecair mudah terbakar dituang dikakinya dan dibakar, rokok dicucuh dalam kemaluan, dada ditikam dengan jarum dan banyak lagilah.
Junko merayu kepada penculiknya supaya 'membunuhnya dan biarkan semuanya berakhir'
Pada 4 Januari 1889, penculik memukul Junko dengan pemberat atas alasan kecewa kalah main mahjong.
Tak cukup dengan itu, mereka mencucuhkan api lilin kearah muka dan matanya.
Kemudian, minyak dicurah keatas kaki, lengan dan perutnya selepas itu dihidupkan api.
Penyeksaan ini dijalankan selama 2 jam
Esoknya, Junko Furota menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan yang sangat nazak.
Pada 5 Januari, pembunuh itu menyorokkan mayatnya ke dalam drum 55 galon berisi konkrit dan membuang dram tersebut di sekeping tanah tembus semula di Koto, Tokyo
kejam giler diaorang ni. kalau korang baca semua seksaan Junko memang macam nak pengsan. dah la tu, 44 hari pulak tu... kesian Ya Allah
Selasa, 15 November 2016
KISAH SEBENAR CERITA PHINEAS AND FERB
korang pernah dengar tak siri animasi Phineas and Ferb? pernahkan..
cerita mengenai dua orang budak Phineas and Ferb yang suka mencipta benda-benda pelik.
and then, kakaeh lk diaorang Candace mengadukan ciptaannya kepada ibunya. tapi, bila ibunya tengok, semua ciptaan adik-adiknya tu hilang.
Candace selalu tertekan apabila tak dapat menunjukkan ciptaan budak berdua tu kepada ibunya.

sebenarnya, siri animasi ni diambil dari cerita sebenar. Seorang perempuan bernama Candace yang lahir tahun1993 di Rusia. Candace menghidap penyakit schyzophrenia iaitu penyakit seseorang yang selalu berhalusinasi dengan perkara-perkara yang tak betul.
sepanjang Candes diserang penyakit itu, dia sering mengadu pada ibunya yang adik-adiknya mencipta mesin yang hebat di belakang rumah, tapi sebenarnya, mereka hanya bermain pasir sahaja. malah, dia juga sering berhalusinasi bahawa anjing peliharaannya yg bernama perry adalah seekor platypus agen rahsia. Ibunya tidak pernah mempercayai kata-kata Candes.
Ibu Candes begitu risau dengan keadaan Candace lalu membawanya berjumpa dengan Dr.Doofensments (watak jahat animasi ni). Dr Doo telah memberi ubat kepada penenang kepada Candace. kemudian, Candace telah memakan ubat itu sehingga overdose.
Disember 2007, ibu Candace trauma setelah melihat Candace mati akibat menggantung diri di dalam biliknya.Ibu Candace terlalu sedih atas kematian anaknya. Dia membaca diary Candace dan melihat terdapat banyak cerita-cerita khayalan yang ditulis olehnya. ibunya telah pergi ke syarikat Disney dan meminta supaya watak Candeace diadaptasi menjadi karya seni supaya watak Candace sentiasa diingati
Jack The Ripper
'Jack The Ripper' adalah gelaran kepada pembunuh bersiri wanita yang tidak diketahui identitinya sehingga kini.
Polis hanya mengetahui pembunuh menggelarkan dirinya 'Jack The Ripper' melalui satu surat yang di sebarkan media.
Jack The Ripper tidak meninggalkan sebarang bukti dalam jenayahnya. pola pembunuhannya juga tidak diketahui. Hanya satu sahaja persamaan antara mangsa-mangsanya iaitu mereka adalah wanita pelacur.
Gelaran 'Ripper' adalah setiap kali membunuh wanita, dia akan membelah perut wanita yang dibunuh dan akan mengambil beberapa organ wanita terbabit...
yang peliknya, wanita yang telah dibunuh itu akan dibedah dengan cara yang kemas dan teliti.
Ramai penyiasat berpendapat bahawa penjenayah ini adalah seorang doktor berikutan cara bedah yang kemas dan teratur seperti seorang doktor. para penyiasat memberi gelaran Jack kepada si penjenayah. Jack mungkin adalah seorang doktor yang membenci wanita pelacur.
Gambar di bawah ialah antara mangsa-mangsa wanita yang berjaya ditemui polis. Fenomena Jack The Ripper ini berlaku pada 1880-an... sehingga kini iaitu lebih kurang 120 tahun, tiada siapa yang mengetahui siapa sebernya Jack ini...
Langgan:
Catatan (Atom)